Tuesday, May 15, 2012

1

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
Syukur kerana diri masih lagi diberi peluang
merasa nikmat kesenangan serta kesusahan

Alhamdulillah
Syukur kerana diri ini masih lagi diberi kekuatan
untuk berdiri teguh dibumi-Nya

Alhamdulillah
Syukur kerana diri ini dikelilingi oleh
insan-insan yang prihatin yang menerima dengan seadanya

Alhamdulillah
Syukur kerana diri ini masih utuh
di dalam bidang yang dipilih ini

Kini
diri ini sudah melangkah ke tahun akhir
dalam bidang Perubatan

Insya allah
segala ilmu dan pengalaman yang berguna
bakal dikongsi bersama di sini

Insya allah
moga diri ini diberi kemudahan, ketenangan serta kelancaran
dalam menuntut dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari


MISI JUBAH MERAH MDUKM 0813
14 Mei 2012 - 27 April 2013

No comments:

Post a Comment